Pages

Friday, 30 March 2012

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran

Konsep Kaedah
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.
Edward M. Anthony (1963)
Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Konsep teknik
Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Edward M. Anthony (1963)

Teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh
guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.




Huraian Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran

Objektif Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk memikirkan objektif  pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.

Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan.

Jangkamasa Pengajaran
Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam
jangka masa tertentu.

Latar belakang dan jumlah pelajar
Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.

Iklim dan suasana tempat mengajar
Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau
kaedah pengajaran. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Implikasi model-model pengajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran