Pages

Friday, 30 March 2012

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran

Konsep Kaedah
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.
Edward M. Anthony (1963)
Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Konsep teknik
Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Edward M. Anthony (1963)

Teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh
guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.




Huraian Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran

Objektif Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk memikirkan objektif  pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.

Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan.

Jangkamasa Pengajaran
Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam
jangka masa tertentu.

Latar belakang dan jumlah pelajar
Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.

Iklim dan suasana tempat mengajar
Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau
kaedah pengajaran. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Implikasi model-model pengajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran

Friday, 24 February 2012

Model Pemprosesan Maklumat

R. M. Gagne
Teori mengenai cara manusia memperoleh maklumat dalam proses pembelajaran.
Berfokus kepada naluri semulajadi untuk memahami sesuatu topic terutamanya tentang 
persekitaran melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
  • Kepekaan terhadap masalah yang timbul;
  • Pemerolehan dan penyusunan maklumat;
  • Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai;
  • Pengembangan konsep yang berkenaan.
Tujuan Model Pemprosesan Maklumat
  • Membekalkan maklumat dan konsep;
  • Menegaskan tentang pembentukan konsep dan pengujian hipotesis
  • Menjana pemikiran kreatif
  • Meningkatkan kebolehan intelek umum
Kebanyakan model pemprosesan maklumat berguna untuk mengkaji kendiri dan
masyarakat seterusnya ke arah pencapaian matlamat pendidikan peribadi dan sosial.
Contoh : perolehan konsep Bruner, Godnow, dan Austin; pemikiran induktif Taba; Latihan inkuiri Suchman; Advance organizers Ausubel; hafalan Pressley dan Levin; dan inkuiri saintifik Schwab

Lapan Fasa dalam Pembelajaran
1. Fasa Motivasi - Jangkaan
Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motif seseorang supaya belajar. 
—Motivasi mendorong manusia belajar dengan bermakna dan berkesan. 
2. Fasa Tanggapan - Perhatian 
Seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
3. Fasa Penyimpanan Kod
Rangsangan yang relevan dan dipersepsikan dengan tepat akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek (stok). 
4. Fasa Penahanan - Stor Ingatan 
Sebahagian atau keseluruhan kod akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan.

Thursday, 16 February 2012

Model Personal

Pengasas Model Personal
Carl Rogers – pelopor Model Pengajaran Fasilitatif/Non Directive
Abraham Maslow, R. Rogers, C. Buhler dan Arthur Comb – tokoh humanistik

Model Personal
Kumpulan Model Personal ini berpegang kepada unsur keperibadian individu
menurut Choong Lean Keow; penulis buku Murid dan Alam Belajar (2009).

Model ini membolehkan:

  • kita lebih memahami diri kita, 
  • bertanggungjawab atas pendidikan kita mencapai tahap perkembangan yang lebih jauh melebihi tahap maksimum ke arah kualiti hidup yang tinggi. Guru boleh mengaplikasi model ini untuk mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid. 
Model ini berfokus kepada:
  • konsep kendiri dan harga diri; 
  • arah kendiri yang positif dan sifat kendiri; 
  • kreativiti dan sifat ingin tahu; dan 
  • perkembangan emosi. 
Model ini mewujudkan suasana pembelajaran yang berasaskan
  • komunikasi berkesan antara guru dan murid. 
  • Komunikasi berkesan sesama murid. 
  • Guru-guru tidak menggunakan teknik-teknik mengarah murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 
  • Dalam mengaplikasi Model Personal, guru perlu mewujudkan persekitaran yang boleh membangkitkan semangat murid untuk belajar. 
  • Guru berperanan melahirkan murid yang mempunyai personaliti seimbang dari segi kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi. 
Pengajaran Non Direktif
  • Juga dinamakan model fasilitatif. Dipelopori oleh CarlRogers (1982). 
  • Menjadikan guru sebagai kaunselor 
  • Peranan guru : membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar memainkan peranan dalam pembelajaran mereka. 
  • Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif. 
  • Jadi disini guru harus memberi pengukuhan yang positif dan membantu murid tersebut mengarahkan diri masing-masing untuk mencapai matlamat kendiri. Menurut Rogers, pengajaran secara terapi adalah cara pengajaran yang berkesan. 
  • Menekankan komunikasi antara guru dengan murid. 
  • Model ini beranggapan bahawa pelajar perlu bertanggungjawab atas proses belajarnya.
  • Kejayaan bergantung kepada keinginan pelajar dan pengajar untuk berkongsi idea secara terbuka dan berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan orang lain. 
Bila pengajaran non direktif sesuai digunakan?
 
Pengajaran non-direktif mungkin digunakan untuk beberapa jenis situasi permasalahan:
a) personal.
b) sosial .
c) akademik.
 
Model Non-directive bertujuan untuk:
Membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik, dan perasaan empati terhadap orang lain dengan menghalatujukan murid ke arah kesihatan mental dan emosi yang tinggi.
Memajukan pendidikan yang menekankan kepentingan murid iaitu bagaimana dan apa murid itu akan belajar. Membentuk pemikiran kreatif
 
Fasa-fasa dalam Model Pembelajaran Non-Direktif :
 
1. Kenal pasti dan mendefinisi situasi
    guru menggalakkan luahan perasaan murid.
2. Meneroka masalah
    murid digalakkan menerangkan masalah guru menerima dan menjelaskan perasaan murid. 
3. Membentuk pengertian baru
    Murid berbincang masalah. Guru memberi sokongan. 
4. Rancang dan keputusan dibuat
    murid merancang keputusan yang dibuat guru menjelaskan sebab dan akibat daripada keputusan.
5. Kesepaduan
    murid mendapat pemahaman dan membentuk tindakan yang positif. Guru beri sokongan.
6. Murid melakukan tindakan positif

    Murid bertindak positif setelah sokongan diberi.

IMPLIKASI TEORI HUMANIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN

  • Guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar. 
  • Guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. 
  • Guru hendaklah memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran. 
  • Guru hendaklah membantu pelajar membentuk matlamat yang realistik. 
  • Guru hendaklah menjadikan dirinya teladan dan role model kepada pelajar untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik.