Teori mengenai cara manusia memperoleh maklumat dalam proses pembelajaran.
Berfokus kepada naluri semulajadi untuk memahami sesuatu topic terutamanya tentang
persekitaran melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
- Kepekaan terhadap masalah yang timbul;
- Pemerolehan dan penyusunan maklumat;
- Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai;
- Pengembangan konsep yang berkenaan.
Tujuan Model Pemprosesan Maklumat
- Membekalkan maklumat dan konsep;
- Menegaskan tentang pembentukan konsep dan pengujian hipotesis
- Menjana pemikiran kreatif
- Meningkatkan kebolehan intelek umum
masyarakat seterusnya ke arah pencapaian matlamat pendidikan peribadi dan sosial.
Contoh : perolehan konsep Bruner, Godnow, dan Austin; pemikiran induktif Taba; Latihan inkuiri Suchman; Advance organizers Ausubel; hafalan Pressley dan Levin; dan inkuiri saintifik Schwab
Lapan Fasa dalam Pembelajaran
1. Fasa Motivasi - Jangkaan
Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motif seseorang supaya belajar. Motivasi mendorong manusia belajar dengan bermakna dan berkesan.
Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motif seseorang supaya belajar. Motivasi mendorong manusia belajar dengan bermakna dan berkesan.
2. Fasa Tanggapan - Perhatian
Seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
3. Fasa Penyimpanan Kod
Rangsangan yang relevan dan dipersepsikan dengan tepat akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek (stok).
4. Fasa Penahanan - Stor Ingatan
Sebahagian atau keseluruhan kod akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment